Honda Jazz klon paling banyak disita JPJ Kelantan - Utusan Malaysia

Honda Jazz klon paling banyak disita JPJ Kelantan

HANIF Yusabra menunjukkan kereta klon jenis Honda Jazz yang disita di JPJ Panji, Kota Bharu.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kereta klon jenis Honda Jazz paling diminati penduduk di negeri ini sehinggakan ramai sanggup membeli dan ‘melaram’ dengannya biarpun berdepan risiko disita pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 11 kereta klon disita dan daripada jumlah itu, tujuh kes melibatkan Honda Jazz.

“Sebuah kereta klon Honda Jazz boleh dibeli pada harga serendah RM10,000, berbanding harga pasaran semasa ketika ini iaitu RM80,000 ke atas.

“Pemilik terbabit berusia antara 35 hingga 45 tahun dan mereka mendakwa membeli kenderaan itu menerusi laman web yang berpusat di Singapura,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Hanif Yusabra berkata, selain Honda Jazz, tiga lagi kereta klon disita JPJ Kelantan sepanjang tahun lalu adalah kenderaan jenis Honda Odyssey dan Toyota Estima.

“Mereka mengambil jalan mudah dengan membeli kereta klon walaupun berdepan pelbagai implikasi kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans,” katanya.

Katanya, berdasarkan rekod, kenderaan klon yang disita oleh JPJ Kelantan bermula 2015 sehingga Januari 2021 adalah sebanyak 155 buah.

“Ada kereta klon terbabit dibeli dengan harga serendah RM4,500,” katanya.

Memiliki kereta klon yang tidak didaftarkan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman di denda tidak melebihi tidak melebihi RM2,000

Mempamerkan maklumat palsu (nombor pendaftaran) pula boleh dituduh di bawah Seksyen 108(3)(f) akta sama dan denda tidak kurang RM 5,000 dan tidak lebih RM 20,000 atau dipenjara tidak kurang dan tidak lima tahun jika disabit kesalahan.

Kesalahan tiada lesen kenderaan motor dituduh di Seksyen 23(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun dan denda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 12 bulan jika sabitan kedua.

Tiada perlindungan insurans dituduh di bawah seksyen 90(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-keduanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya