PUTRAJAYA: Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas jemputan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan.
Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Hishammuddin dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya pada malam ini mengenai kerjasama kedua-dua negara, isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
“Lawatan kerja ini selepas tamatnya lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia.
“Lawatan ini turut berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan UAE,” katanya. -UTUSAN ONLINE