Hargai 'frontliner' dengan 100 bungkus nasi tomato - Utusan Malaysia

Hargai ‘frontliner’ dengan 100 bungkus nasi tomato

KAKITANGAN Mat Salleh Barber mengagihkan pek nasi tomato secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan yang terlibat dalam mengekang wabak Covid-19 di sekitar pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang semalam. - UTUSAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Biarpun terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, seorang pengusaha kedai gunting rambut di sini tetap mahu menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan atau frontliner.

Pengusaha Mat Salleh Barber, Ahmad Affiq Mohd., 31, berkata, pihaknya mengambil pendekatan dengan mengagihkan sebanyak 100 bungkusan nasi tomato dan air kotak kepada golongan berkenaan di sekitar pusat bandar di sini.

Menurutnya, program sumbangan makanan tengah hari yang diadakan mulai pukul 11.30 pagi itu melibatkan seramai 15 kakitangan di tiga buah premis miliknya di Batu Lanchang, Bayan Baru dan Gelugor.

“Program ini sebagai penghargaan kepada barisan hadapan khususnya kakitangan penguat kuasa, kesihatan dan keselamatan serta penghantar makanan yang berkorban tenaga bagi membantu mengekang penularan wabak itu.

“Memang kami juga antara individu yang terjejas teruk ekoran arahan penutupan premis sepanjang PKP namun jasa barisan hadapan tetap tidak dilupakan.

“Ini juga merupakan komitmen kami dalam usaha menyekat penularan Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, dia berasa lega apabila perniagaan kedai gunting rambutnya kini kembali mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan pelbagai peringkat usia.

“Sejak dibenarkan beroperasi semula 5 Februari lalu, kira-kira 50 hingga 60 pelanggan datang ke kedai setiap hari termasuk yang membuat temu janji.

“Kami tidak menang tangan menerima kehadiran pelanggan. Ada di antara mereka sanggup tunggu lebih awal iaitu pada pukul 9 pagi sebelum kedai dibuka pada pukul 12 tengah hari,” katanya.

Tambah Affiq, dia amat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang disarankan kerajaan termasuk menjalankan proses sanitasi sebelum memulakan operasi perniagaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya