Halang suami larikan anak, suri rumah cedera diseret - Utusan Malaysia

Halang suami larikan anak, suri rumah cedera diseret

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyentuh isu stoking kalimah Allah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN: Seorang suri rumah cedera diseret kenderaan dipandu suaminya selepas nekad menghalang lelaki itu daripada melarikan anak lelaki mereka dalam kejadian di Taman Sura Tengah di sini, Ahad lalu.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 32 tahun dan dalam proses bercerai mengalami kecederaan termasuk pada muka dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang berada di rumah bersama anaknya yang berusia 14 bulan itu tiba-tiba didatangi suaminya yang dikatakan dari Negeri Sembilan.

Katanya, suspek difahamkan terus membawa bayi itu masuk ke dalam Proton Exora miliknya dan cuba memecut kenderaan.

“Mangsa dikatakan cuba menghalang suaminya termasuk mengetuk cermin kereta, namun tidak diendahkan lelaki itu.

“Tindakan tersebut menyebabkan mangsa terseret dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk pada muka dan kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharudin berkata, suspek dipercayai datang ke daerah ini untuk menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian namun ditunda ke tarikh lain.

Katanya, polis kini giat mengesan lelaki berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya