Fokus golongan 'atas pagar' berbanding antivaksin - Utusan Malaysia

Fokus golongan ‘atas pagar’ berbanding antivaksin

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi tumpuan dalam usaha meyakinkan golongan ‘atas pagar’ berbanding kumpulan antivaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi memastikan sasaran Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu 70 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok. 

Katanya, pihaknya mahu meyakinkan golongan ‘atas pagar’ dengan menyampaikan maklumat tepat mengenai vaksin Covid-19 yang diketahui keselamatan dan keberkesanannya. 

“Suntikan vaksin bukan wajib, sekiranya melihat kepada tinjauan yang dijalankan, lebih 70 peratus rakyat Malaysia bersetuju di mana wujud juga golongan antivaksin dan sebagainya (tidak bersetuju). 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan, jangan fokus kepada antivaksin, tetapi, fokus kepada kumpulan ‘atas pagar’ ini yang dianggarkan 15 hingga 17 peratus,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Sesi Libat Urus  Darurat Covid-19 Siri 3/2021: Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 serta Strategi Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melindungi golongan berisiko tinggi secara maya.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya juga mahu menjadikan pengalaman United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat yang sudah melakukan program vaksinasi lebih awal.

“Lihat sahaja rekod UK, 15 juta rakyatnya sudah divaksin dan kesan sampingan vaksin itu hanya sedikit yang pastinya boleh meyakinkan golongan ‘atas pagar’.

“Kita juga akan melaksanakan sesi libat urus dengan mereka di mana golongan itu boleh bertanya soalan sekiranya terdapat keraguan termasuk melalui talian khas Covid-19. Kita boleh jawab dan membantu mereka,” katanya. 

Dalam perkara berkaitan membabitkan warga media, beliau berkata, media memainkan peranan besar dalam memberikan penjelasan dan keyakinan kepada golongan ‘atas pagar’.

“Mungkin kita ada lima peratus antivaksin tetapi, kita (kerajaan) tidak hiraukan mereka kerana apa yang penting, imuniti kelompok perlu dicapai,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN