First Support Point bantu mangsa keganasan rumah tangga - Utusan Malaysia

First Support Point bantu mangsa keganasan rumah tangga

CHOW Kon Yeow (dua, kiri melancarkan First Support Point secara dalam talian bagi membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga di Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 40 Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dilantik secara automatik sebagai khidmat sokongan, First Support Point (FSP) bagi membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, FSPitu adalah langkah awal dalam mewujudkan khidmat sokongan bagi menangani dan membanteras kes keganasan rumah tangga.

Menurut beliau, statistik kes keganasan rumah tangga telah menunjukkan peningkatan amat membimbangkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

“Rangkaian yang menyeluruh FSP menerusi 40 Pusat Khidmat ADUN ini dapat memberi lebih banyak akses bagi memudahkan mangsa yang terlibat untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah kepada 40 Pusat Khidmat ADUN Pulau Pinang yang telah dilantik secara automatik sebagai FSP di dalam majlis yang dijalankan secara dalam talian.

Menurut Kon Yeow, pegawai kerajaan, pegawai seranta Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini telah menghadiri Bengkel Dasar Keluarga Selamat tahun lalu sebagai latihan untuk merealisasikan khidmat sokongan tersebut.

Tambah beliau, pandemik Covid-19 telah mengehadkan pergerakan rakyat terutama mangsa keganasan rumah tangga untuk mendapat bantuan.

“Bukan semua orang boleh mencari bantuan di hospital, balai polis atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terletak jauh dari kediaman mereka.

“Dengan lebih banyak tapak sokongan, saya yakin mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dapat mendapatkan bantuan dengan lebih efektif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya