Enam ekor anjing dari Taiwan dirampas - Utusan Malaysia

Enam ekor anjing dari Taiwan dirampas

SEBANYAK enam ekor anjing ditahan dan dikuarantin Maqis di KLIA, Sepang pada 4 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak enam ekor anjing yang diimport dari Taiwan dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 6 petang, 4 Februari lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, Maqis mengesan kesalahan nombor mikrocip anjing-anjing terbabit ketika pemeriksaan rapi dilakukan pada dokumen dan fizikal haiwan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nombor mikrocip yang terdapat pada badan anjing itu tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.

“Haiwan tersebut ditahan dan dikuarantin untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Tarmisal berkata, kesalahan mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhdimatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Sekiranya didapati melakukan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau eksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN