Dua pengarah ditahan SPRM kerana tuntutan palsu Program Subsidi Upah - Utusan Malaysia

Dua pengarah ditahan SPRM kerana tuntutan palsu Program Subsidi Upah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pengarah syarikat swasta kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 60 dan 64 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Johor, pagi ini.

Kedua-dua suspek itu didakwa melakukan tuntutan palsu berkaitan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek berkenaan berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi esok bagi tindakan pertuduhan.

“SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya terhadap bantuan yang telah disalurkan kerajaan bagi meringankan bebanan rakyat dalam tempoh pandemik Covid-19 ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya