Dua pemvaksin diberi amanah hari pertama PICK - Utusan Malaysia

Dua pemvaksin diberi amanah hari pertama PICK

LINA Ibrahim diberi amanah menyuntik Perdana Menteri sebagai individu pertama menerima vaksin Covid-19, di Pusat Kesihatan Daerah, Putrajaya, hari ini. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Saya rasa agak berdebar selepas dimaklumkan akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri,” kata Ketua Jururawat Kesihatan di PKD Putrajaya, Lina Ibrahim, 49.

Lina bersama seorang lagi pemvaksin yang juga jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar diberi amanah bagi menyuntik vaksin Covid-19 kepada enam individu pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Klinik Kesihatan Presint 11, hari ini.

Mereka termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan yang berkhidmat di Putrajaya.

Lina ketika ditemui selepas program itu hari ini berkata, dia akui sedikit berdebar pada awalnya namun, pada masa sama berbangga kerana terpilih melakukan amanah itu dalam kalangan jururawat yang ada.

“Ia sangat mendebarkan tetapi Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Saya sudah selesaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menjalani latihan suntikan sebelum ini, Lina berkata beliau memang menjalani amali untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19.

“Latihan itu dipantau oleh penyelia sebagai persediaan sebelum memberi suntikan kepada penerima,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya