Dua kongsi gelap bergaduh rebut kawasan  - Utusan Malaysia

Dua kongsi gelap bergaduh rebut kawasan 

FADZIL AHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Angkara berebut kawasan, dua kumpulan kongsi gelap sanggup menyerang antara satu sama lain menggunakan parang dalam kejadian di taman perumahan di Taman Juara Jaya, Batu 9, Cheras, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.37 petang itu, membabitkan Geng 08 Sungai Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang akibat rebutan kawasan penjualan dadah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, susulan itu satu Op cantas dilakukan di mana setakat ini 10 individu sudah ditangkap dan akan direman dalam masa terdekat.

“Kejadian itu juga menyebabkan dua individu cedera dan kini sedang dirawat di hospital serta dalam keadaan stabil. Seksyen 326 dan Seksyen 128 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Fadzil, berikutan kejadian terdapat tiga kereta ditinggalkan suspek atau mangsa di tempat kejadian dengan kesan langgar antara satu sama lain.

“Video kejadian berkenaan juga tular di media sosial menunjukkan serangan antara dua kumpulan berkenaan.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor sudah mengenal pasti beberapa individu bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah Fadzil, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326/128 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya