Dua beradik dalang Macau Scam tidak akan terlepas - Utusan Malaysia

Dua beradik dalang Macau Scam tidak akan terlepas

AYOB Khan Mydin Pitchay (kiri) menunjukkan peralatan yang digunakan sindiket Macau Scam untuk memperdaya mangsa dalam sidang akhbar di IPK, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua beradik yang merupakan dalang utama sindiket penipuan Macau Scam yang dibongkarkan awal tahun lalu dipastikan tidak melarikan diri mengikut jejak bapa mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua beradik tersebut iaitu Teow Ee Meng, 30, dan Teow Chee Chow, 32, dipercayai masih berada dalam negara.

Katanya, suspek utama iaitu bapa mereka, Teow Wooi Huat, 55, atau lebih dikenali sebagai Teddy Teow yang mempunyai banyak rekod jenayah lampau disyaki sudah melarikan diri ke Danok, Thailand.

“Kita percaya mereka berdua ini masih berada di Malaysia dan mengikut maklumat yang diterima, mereka ini berhasrat untuk serah diri.

“Jadi, kita akan tunggu, kalau nak serah diri, serah diri awal kerana mereka tak akan dapat pergi mana-mana,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan menafikan tiga beranak itu mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket Macau Scam yang digempur di Bandar Penawar semalam.

Sebelum ini, beliau mendedahkan modus operandi sindiket yang diketuai Teddy Teow dengan menggunakan beberapa lapisan akaun keldai untuk melakukan transaksi kewangan mereka bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Malah siasatan dijalankan mendedahkan penggunaan kaedah pembelian hartanah dan mata wang kripto sebagai platform bagi pengubahan wang haram sindiket tersebut.

Sindiket berkenaan juga dipercayai menggunakan wang hasil penipuan untuk membeli 100 unit kondominium mewah dan unit komersial bernilai RM336 juta di Georgetown, Pulau Pinang selain disalurkan untuk jual beli matawang kripto. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya