Didenda RM30,000 miliki kotak media perisian - Utusan Malaysia

Didenda RM30,000 miliki kotak media perisian

NG Lee Lee hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan memiliki kotak media perisian bagi memperoleh perkhidmatan kandungan Measat Broadcast Network Sdn. Bhd. secara menipu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gara-gara memiliki kotak media perisian bagi memperoleh perkhidmatan kandungan Measat Broadcast Network Sdn. Bhd. secara menipu, seorang pengarah syarikat menjual aksesori telefon bimbit didenda RM30,000 bagi enam pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.  

Ng Lee Lee, 46,  yang menjadi pesalah pertama dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 232 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Muhamad Anas Mahadzir selepas mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut.

Hakim turut memerintahkan ibu kepada tiga anak itu menjalani penjara selama sebulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. 

Dalam penghakimannya, Hakim Muhamad Anas menyifatkan tindakannya itu seperti aktiviti cetak rompak kerana mengambil jalan mudah dan keuntungan atas titik peluh orang lain. 

“Pengakuan dan kejujuran (mengaku bersalah) dihargai. Namun, salah tetap salah kerana ianya merupakan kesalahan serius,” katanya. 

Mengikut keenam-enam pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki enam buah kotak media jenama iBoite yang telah dimasukkan dengan perisian MyTV.apk untuk memperoleh secara fraud perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibekalkan oleh Measat Broadcast Network Sdn. Bhd.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Putra Prima, Puchong dekat sini pada 12 Disember 2019 pada pukul 2.30 petang.

Oleh demikian, jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda tidak melebihi RM300,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 232 (3) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi meminta hukuman berat dan denda RM30,000 bagi setiap pertuduhan berikutan melibatkan kepentingan awam. 

“Tidak adil kepada mereka yang membayar bil Astro setiap bulan dan perlu menjaga karya pencipta kandungan serta menyebabkan kerugian daripada cukai kepada kerajaan,” jelasnya. 

Bagaimanapun, Peguam Low Li Qun yang mewakili tertuduh memohon denda terhadap anak guamnya dikurangkan kepada RM1,000 bagi setiap pertuduhan kerana perlu menanggung tiga anak termasuk sepasang kembar berusia 8 dan 17 tahun. 

“Pendapatan anak guam saya antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan dan perlu menanggung ibu bapa sendiri serta mentuanya dengan mereka mempunyai penyakit jantung dan diabetes,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya