Daftar sebagai penerima vaksin-19 elak kesesakan - Utusan Malaysia

Daftar sebagai penerima vaksin-19 elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai perlu mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 bermula Mac ini bagi mengelakkan kesesakan serta pembaziran semasa program vaksinasi dibuat. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran itu adalah melalui sistem pengurusan temujanji dan orang ramai akan diberi tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan berdasarkan butiran maklumat yang diberikan. 

“Proses pendaftaran ini merupakan sebahagian daripada proses membuat temujanji bagi mendapatkan vaksin Covid-19. 

“Kebanyakan negara lain melaksanakan proses vaksinasi Covid-19 berdasarkan kaedah temujanji. Jika orang ramai datang secara tiba-tiba tanpa temujanji, mereka perlu beratur panjang,” katanya melalui Twitter beliau hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan orang awam mengenai proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 yang dijangka dibuka bulan depan dengan konsep sukarela. 

Orang ramai boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sistem pengurusan temujanji itu akan membantu dari segi logistik vaksin. 

Beliau turut memberitahu, pendaftaran penerima vaksin juga turut melibatkan golongan warga emas  dalam Fasa kedua Pelan Imunisasi Kebangsaan.

“Ada pelbagai cara untuk dapatkan temujanji. Kalau orang kampung, Klinik Kesihatan yang berhampiran akan hubungi dan bantu daftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Kita akan pastikan orang ramai ada cukup masa menghantar ibu bapa mereka ke pusat vaksinasi berhampiran,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN