Calon positif Covid-19 tak perlu duduki SPM esok - Utusan Malaysia

Calon positif Covid-19 tak perlu duduki SPM esok

Izani Husin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang dijangkiti Covid-19 tidak perlu menduduki peperiksaan itu yang dijadual bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, tarikh baharu untuk mereka menduduki SPM akan ditentukan kemudian.

“Kita akan kumpulkan pelajar ini dalam satu tarikh yang sesuai untuk mengambil peperiksaan itu selepas mereka habis tempoh kuarantin masing-masing.

“Keputusan mengecualikan mereka dibuat selepas kita mendapat nasihat Jabatan Kesihatan negeri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Negeri di sini hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan seramai 41 calon SPM di sebuah sekolah agama berasrama di Machang disahkan positif Covid-19.

Kesemua pelajar terbabit kini ditempatkan di pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, untuk rawatan dan proses kuarantin.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Izani memberitahu, pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan terawal iaitu petugas barisan hadapan di Kelantan dijadual bermula awal bulan depan.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob bersetuju menjadi penerima pertama suntikan vaksin tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN