Bunuh kekasih, lelaki dihukum gantung sampai mati - Utusan Malaysia

Bunuh kekasih, lelaki dihukum gantung sampai mati

POLIS mengiringi M. Siva Sangker (kiri) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh teman wanitanya di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemandu bas kilang selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya pada 2016.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Shahnaz Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Siva Sangker, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Shahnaz berkata, hujah pihak pembelaan yang mengatakan tertuduh tidak berada di tempat kejadian dan menafikan mempunyai motif untuk membunuh si mati adalah bersifat penafian semata-mata.

Beliau turut mendapati keterangan isteri dan bapa saudara tertuduh juga tidak menyokong keterangan yang dikemukakan kerana kedua-dua saksi itu tidak dapat mengesahkan keberadaan Siva Sangker semasa kejadian pembunuhan berlaku.

Pada 6 Disember 2016, Siva Sangker didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas kesalahan membunuh V. Durga Devi yang ketika itu berusia 23 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, kira-kira pukul 12.15 tengah hari, 21 November 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kelihatan tenang sejurus selepas keputusan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali dan Suriani Ujang manakala tertuduh diwakili peguam bela, G.K Sritharan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya