'Buku Tommy Thomas bukti ada komplot jatuhkan Najib'  - Utusan Malaysia

‘Buku Tommy Thomas bukti ada komplot jatuhkan Najib’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas bertajuk `My Story: Justice in The Wilderness’ boleh dianggap sebagai bukti terdapat komplot menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini. 

Dakwaan itu dibuat Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Seri R.S Thanenthiran. 

Thanenthiran berkata, dia  membuat laporan polis berhubung perkara itu atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara yang patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan negara. 

“Selain memfitnah Datuk Seri Najib, beliau (Tommy) sebenarnya telah memfitnah PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apabila mengatakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah merasuah mereka atau ‘bribe his way out’. 

“Semua ini dinyatakan dengan jelas dalam buku berkenaan pada muka surat 266 dan 267,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Butterworth, di sini hari ini. 

Difahamkan, sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan polis yang dibuat terhadap bekas Peguam Negara itu di seluruh negara berhubung penerbitan buku tersebut. 

Mengulas lanjut kata Thanenthiran, Thomas menerusi penulisannya dalam buku itu turut menyatakan Jho Low telah memainkan satu peranan tunggal atau ‘singular role’ dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC). 

Justeru katanya, Thomas perlu dipanggil untuk disoal siasat kerana apa yang terkandung dalam buku tersebut berunsurkan jenayah jika ia benar-benar terjadi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya