Buku Tommy bersifat perkauman  - Utusan Malaysia

Buku Tommy bersifat perkauman 

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri  Ahmad Maslan menyifatkan penulisan bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Tommy Thomas di dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ adalah bersifat perkauman.

Hal ini kerana tegas Setiausaha Agung UMNO itu, di dalam bab enam dan tujuh buku itu jelas menunjukkan kenyataan berbaur hasutan dan berniat jahat.

Kata beliau, Tommy telah membuat kenyataan tidak berasas terhadap Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mana dia menyatakan pemimpin itu adalah penggerak utama peristiwa Hitam 13 Mei 1969.

Di dalam bab itu juga, kata Ahmad, Tommy juga menyatakan Tun Abdul Razak telah menyebabkan peristiwa itu berlaku untuk kepentingan politik dan peribadinya dan ia merupakan gerakan kudeta yang dimulakan oleh Allahyarham untuk menjatuhkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu.

“Sudah jelas, penulisan Tommy mengenai peristiwa 13 Mei itu adalah hasutan dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia selain akan mengembangkan perasaan niat jahat serta permusuhan antara masyarakat berbilang kaum.

“Penulisan yang bersifat tidak sensitif ini juga dilihat sebagai tohmahan dan memfitnah Tun Abdul Razak serta merendahkan kredibiliti Allahyarham sebagai bekas pemimpin negara dan Presiden UMNO,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira pukul 5.15 petang ini, satu lagi laporan polis dibuat pemimpin UMNO berhubung penulisan Tommy.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN