Budak perempuan tahan sakit kaki tersepit jeriji longkang - Utusan Malaysia

Budak perempuan tahan sakit kaki tersepit jeriji longkang

ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan selepas kakinya tersepit pada jeriji longkang di Kampung Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih 20 minit selepas kaki kanannya tersepit pada jeriji longkang di sini petang ini.

Kejadian berlaku di kawasan Pangsapuri Sri Bagan, Kampung Bagan Dalam di sini ketika kanak-kanak berusia lima tahun itu dipercayai sedang bermain di situ.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.21 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan alat pemotong atau ‘rescue cutter’.

“Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.40 petang selepas kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN