Buat penghantaran makanan untuk bayar gaji pekerja - Utusan Malaysia

Buat penghantaran makanan untuk bayar gaji pekerja

HALMI Ramli (kanan) menunjukkan menu kari kepala ikan Asahan di samping Eksekutif Pemasaran, Nabila Mahat (kiri) dan Chef, Abdullah Md. Derus (tengah) di Hotel MITC Ayer Keroh, Melaka, semalam. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Berikutan sektor pelancongan dan perhotelan terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai usaha dilakukan untuk menjana pendapatan dalam memastikan hotel terus kekal beroperasi.

Tanpa segan dan malu, tidak kira berstatus tiga atau lima bintang, semua pengusaha turun ke tepi jalan raya mengambil pendekatan menjual pelbagai jenis makanan dengan harga yang cukup murah.

Bagi Hotel MITC Ayer Keroh di sini, mereka menjual makanan secara dalam talian, bungkus atau bawa balik serta menggunakan khidmat penghantar makanan yang berdaftar.

Pengurus Operasinya, Halmi Ramli berkata, selain itu pihaknya juga turut mewar-warkan promosi melalui laman sosial seperti Facebook.

“Ini sahaja yang kita boleh buat sepanjang PKP ini. Penghantaran makanan boleh dibuat dari
rumah ke rumah termasuk pejabat ke seluruh pelosok negeri ini. Melalui jualan ini kita dapat menjana pendapatan dalam usaha mengekalkan hotel terus beroperasi.

“Setakat ini, usaha dan inisiatif ini berhasil kerana kita mendapat banyak penghantaran makanan daripada penduduk di negeri ini. Alhamdulillah kita menerima antara 50 hingga 100 tempahan setiap hari,” katanya kepada kepada Utusan Malaysia.

Halmi menambah, inisiatif itu bukan sahaja diambil bagi menampung kos operasi tetapi pada masa sama dapat meringankan beban 104 pekerja yang terkesan apabila hotel hilang sumber pendapatan utama.

Jelasnya lagi, sejak membuat penghantaran makanan, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

“Mereka memberi sokongan dengan membeli makanan sama ada datang ke hotel atau melalui khidmat penghantar makanan.

“Antara menu yang mendapat permintaan tinggi ialah kari kepala ikan Asahan yang ditawarkan pada tiga harga iaitu Set A berharga RM88, Set B (RM108) dan Set C (RM138). Selain itu ada juga set bento superior, premium dan deluxe.

“Bagi set bento of the day dari Isnin hingga Jumaat harganya ialah RM18 sahaja. Sebagai contoh bagi hari Isnin ialah nasi putih, asam pedas tetel atau tenggiri, sayur campur, sambal belacan, telur masin, buah dan air minuman,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN