Bomba Perak sanitasi 96 sekolah untuk SPM - Utusan Malaysia

Bomba Perak sanitasi 96 sekolah untuk SPM

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor melakukan proses sanitasi dan disinfeksi di sekolah yang dijadikan pusat peperiksaan SPM esok. - UTUSAN/GAMBAR JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 96 buah sekolah di Perak yang terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok telah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi.

Jumlah itu melibatkan proses sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak manakala baki pusat peperiksaan lain pula menjalani proses sama yang dilakukan pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, proses berkenaan yang bermula Ahad lalu itu melibatkan sanitasi di dewan sekolah, bilik darjah dan bilik kebal iaitu tempat penyimpanan kertas soalan.

Katanya, proses tersebut dilakukan oleh setiap balai bomba mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Proses sanitasi di semua 96 buah sekolah yang akan digunakan untuk peperiksaan SPM esok selesai hari ini di mana hanya melibatkan pusat peperiksaan sahaja.

“Selain sanitasi oleh pihak bomba di sekolah berkenaan, sanitasi juga dilakukan sendiri oleh pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi sekolah-sekolah yang menjalankan sanitasi kendiri, taklimat mengenai proses berkenaan diberikan kepada sekolah tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya