`Bantu tukar seksyen', dua denda RM50,000 - Utusan Malaysia

`Bantu tukar seksyen’, dua denda RM50,000

Razaly Mat Sari (bertopi) dan Mohd. Hussein Mohd. Nasir (berkemeja hitam) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didakwa mengubah seksyen Akta SPRM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat dan seorang ahli perniagaan masing-masing didenda RM50,000 kerana menipu seorang lelaki berhubung `pertolongan’ untuk mengubah seksyen bagi kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Razaly Mat Sari, 54, (pengurus syarikat) dan Mohd. Hussein Mohd. Nasir, 51, didenda manakala Mohd. Hussein turut dikenakan hukuman penjara seminggu selepas kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di
sini hari ini.

Kedua-duanya mengaku menipu Norazman Mohd. Noor, 50, bahawa mereka boleh membantu menukar seksyen kesalahan di bawah Akta SPRM melibatkan siasatan terhadap mangsa sehingga lelaki itu menyerahkan RM40,000.

Menurut tuduhan, kesalahan itu daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah kepada Seksyen 25(1) akta yang sama iaitu melibatkan kesalahan gagal melaporkan tawaran kes rasuah.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4.10 petang, 16 Disember tahun lalu di lobi sebuah hotel di Putrajaya dekat sini.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin di hadapan Hakim Azura Alwi.

Terdahulu, Wan Shaharudin memohon mahkamah memgenakan hukuman denda minimum RM50,000 dan penjara dua minggu terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius.

“Perbuatan kedua-dua tertuduh mencerminkan seolah-olah jabatan kerajaan ini boleh dirasuah. Ini bukan perkara biasa kerana ia bertentangan dengan polisi awam,” katanya.

Bagaimanana, peguam Adha Amin dan Fahmi Abdul Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga menyesal
dengan perbuatan mereka.

Akhbar sebelum ini melaporkan, SPRM menahan empat individu yang disyaki menyamar sebagai pegawai atasannya dan menerima rasuah untuk membantu `menyelesaikan kes’ yang disiasat oleh agensi itu.

Salah seorangnya dikenali sebagai `Datuk Roy’ yang mengaku Pengarah SPRM yang mempunyai kuasa menutup siasatan manakala yang lain mengaku boleh membantu menukar pertuduhan kepada kesalahan yang lebih
ringan selain boleh melepaskan semula akaun bank yang dibekukan oleh SPRM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya