Atasi segera ancaman bena perang - Utusan Malaysia

Atasi segera ancaman bena perang

HASIL padi merosot di Perlis dianggarkan sehingga 30,000 tan metrik dengan kerugian mencecah RM36 juta setahun berikutan pelbagai jenis penyakit khususnya padi angin dan bena perang. Pemandangan dari udara kerja-kerja menuai padi di Guar Sanji, Arau, Perlis. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjalankan kajian terperinci dan mengambil tindakan berkesan bagi mengatasi ancaman bena perang ke atas tanaman padi di Kedah dan Perlis.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadir berkata, pihaknya kesal walaupun masalah itu berlaku sejak lebih 20 tahun lalu namun gagal ditangani sehingga kini.

Jelas beliau, masalah itu menyebabkan petani-petani terlibat mengalami kemerosotan hasil padi dan sumber pendapatan yang teruk.

“CAP percaya jika punca kejadian ini gagal dikesan dan diambil tindakan ia boleh merebak sekali gus menjejaskan kehidupan petani-petani di kawasan jelapang padi ini dengan lebih teruk pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan serangan penyakit bena perang di kawasan MADA di Kedah dan Perlis kini mencapai tahap ‘hopperburn’ atau kematian pokok padi di kebanyakan sawah.

Ini berlaku pada musim 2/2020 dari November tahun lepas hingga 3 Februari lalu yang mengakibatkan sejumlah 725 hektar sawah padi di kedua-dua negeri itu diancam makhluk perosak dengan 277 hektar daripadanya telah musnah.

Antara kawasan-kawasan yang serius mengalami masalah itu ialah Wilayah IV Kota Sarang Semut, Wilayah II Jitra, Wilayah III Pendang dan Wilayah I di Perlis.

Menurut Mohideen, CAP bimbang jika ancaman itu gagal ditangani segera boleh menjejaskan ekonomi dan bekalan makanan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu beliau meminta pihak MADA dan Jabatan Pertanian mengkaji beberapa perkara penting yang mungkin menjadi punca masalah berkenaan.

“MADA dan Jabatan Pertanian perlu menilai dan mengkaji sama ada penggunaan benih padi kurang berkualiti dan tidak mempunyai daya tahan atau penggunaan racun makhluk perosak dan baja kimia, sistem tabur terus dan lain-lain faktor yang dilihat boleh menyumbang kepada berlakunya ancaman ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya