Apandi Ali buat laporan polis terhadap Tommy - Utusan Malaysia

Apandi Ali buat laporan polis terhadap Tommy

Mohamed Apandi Ali (kanan), dan Peguamnya, Datuk Baljit Singh selepas membuat laporan polis keatas Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, di IPD Sentul, di sini hari ini.m-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa memfitnah menerusi buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Mohamed Apandi bersama peguamnya Datuk Baljit Singh tampil membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada pukul 2.15 petang.

Mohamed Apandi berkata, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk memastikan semua pihak yang telah dianiaya, difitnah dan dihina dalam buku itu mendapat keadilan.

Katanya, yang terkandung dalam buku Tommy menunjukkan sifat beliau yang memandang rendah dan tidak menghargai individu yang merupakan tulang belakang perundangan negara.

“Semasa memegang jawatan itu, pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak kenal penat dan sanggup kerja tanpa mengira masa.

“Saya tidak sesekali melepaskan cerita atau maklumat, walaupun dalam buku memoir saya kerana semua yang saya tahu adalah rahsia negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Mohamed Apandi yang ditemani peguamnya, Datuk Baljit Singh tiba di IPD Sentul kira-kira pukul 2.15 petang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya