Apa masa depan hasil beras negara? - Utusan Malaysia

Apa masa depan hasil beras negara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bagaimana dengan masa depan hasil beras negara?

Persoalan tersebut dibangkitkan selepas melihat kepada hasil padi yang semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan pesawah dikatakan hanya mampu menghasilkan sekitar empat tan metrik padi bagi keluasan satu hektar berbanding tempoh lima tahun lalu yang mencecah lapan sehingga 10 tan metrik bagi keluasan sama.

Difahamkan beras yang dihasilkan dalam tempoh setahun menyaksikan Malaysia jauh terkebelakang iaitu sekitar 2.2 juta tan metrik berbanding negara-negara Asia lain seperti China (182 juta tan metrik); India (136 juta tan metrik); Indonesia (54 juta tan metrik); Vietnam (34 juta tan metrik); Thailand (29 juta tan metrik); Filipina (15.3 juta tan metrik) dan Korea Selatan, 6.3 tan metrik.

Turut menimbulkan persoalan mengenai nasib para pesawah dalam tempoh tersebut selepas melihat hasil mereka semakin merosot dengan saban tahun terpaksa menanggung kerugian.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban berkata, hasil beras negara boleh merosot antara 30 sehingga 50 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau melihat antara faktor hasil yang semakin berkurangan itu disebabkan soal amalan ladang atau sawah yang tidak betul sekali gus mengundang pelbagai masalah seperti penyakit.

Katanya, antara faktor lain adalah banyak kawasan sawah yang sudah ditebus guna untuk tujuan pembangunan.

“Berikutan hasil yang merosot menyebabkan semakin hari petani mula beralih arah mengusahakan tanaman lain yang lebih menguntungkan. Jika satu hektar hanya sekitar empat tan metrik hasil selain pendapatan yang tidak seberapa selepas berbulan-bulan membanting tulang, adalah lebih baik mereka mengusahakan tanaman lain,” katanya.

Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan, ketika negara Asia lain sudah mampu mengeksport beras, berbeza pula dengan Malaysia yang masih perlu mengimport makanan ruji itu.

Mohd. Shazwan berkata, penggunaan teknologi seperti negaranegara lain dalam penanaman padi dilihat boleh membantu meningkatkan hasil.

Namun katanya, kebanyakan pesawah masih menggunakan kaedah tradisional dan kekurangan pengetahuan dan pendedahan mengenai teknologi itu.

Sehubungan itu katanya, agensi-agensi pertanian perlu memainkan peranan memberi pendedahan teknologi moden itu kepada pesawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya