Anjing kawal kegiatan judi  - Utusan Malaysia

Anjing kawal kegiatan judi 

SERAMAI lapan warga emas berusia antara 54 hingga 60 tahun ditahan selepas dikesan bermain judi mahjong di sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. -UTUSAN/ SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Taktik tuan rumah meletakkan lima ekor anjing untuk melindungi kegiatan perjudian di sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, Raja Uda, di sini tidak berhasil apabila diserbu polis hari ini. 

Dalam serbuan bermula pukul 10 pagi oleh sepasukan anggota polis daerah Seberang Perai Utara (SPU), seramai lapan individu termasuk tiga warga emas ditahan ketika leka bermain judi d rumah sewa berkenaan. 

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka ditahan berusia antara 54 sehingga 60 tahun didapati berkumpul dalam salah sebuah bilik di rumah sewa berkenaan dan leka bermain mahjong tanpa menghiraukan penjarakan sosial. 

“Modus operandi tuan rumah adalah dengan meletakkan lima ekor anjing di dalam premis yang akan menyalak memberi amaran sekiranya ada pihak berkuasa datang. 

“Kita percaya mereka berkumpul dan bermain judi sejak sehari sebelum Tahun Baharu Cina iaitu bermula Khamis lalu. 

“Walaupun mereka mendakwa berkumpul dan bermain mahjong kerana bosan kerana sudah lama terperuk di rumah, namun, ia tidak boleh dijadikan alasan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu. 

Menurut Noorzainy, kesemua individu itu dikompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Selain itu, katanya, polis turut merampas pelbagai kelengkapan dan peralatan bermain mahjong dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Butterworth di sini bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya