Allahyarham Prebet Ujang wira negara - Utusan Malaysia

Allahyarham Prebet Ujang wira negara

FOTO kenangan Allahyarham Ujang Mormin (kiri) menunjukkan gambar lama kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu majlis sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemergian veteran tentera dalam era Perang Dunia Kedua, Allahyarham Prebet Ujang Mormin merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Sambil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, Allahyarham Ujang ialah perwira negara yang berjuang bersama-sama pejuang tanah air, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi ketika menentang Jepun sekitar 1942.

“Saya mewakili kerajaan ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prebet Ujang Mormin. Saya mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga segala jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan arwah mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Veteran Rejimen Askar Melayu itu dipercayai satu-satunya veteran Perang Dunia Kedua yang masih tinggal, meninggal dunia pada usia 100 tahun akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

Perjuangan Ujang bersama Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang tentera Jepun di Singapura diperakui kerajaan British yang mengurniakan pingat War Medal dan Pacific Star bagi perkhidmatan dari 1939 hingga 1945.

Allahyarham Ujang turut dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia.

Leftenan Adnan gugur pada 14 Februari 1942 dalam pertempuran di Bukit Chandu manakala Ujang yang mempertahankan kubu di Bukit Chermin mengalami kecederaan akibat serpihan meriam musuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN