Alicia Amin sudah nikah - Utusan Malaysia

Alicia Amin sudah nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Model sensasi, Alicia Amin, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor dikenali sebagai Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, pagi Ahad.

Berkongsi perkhabaran baik itu, bekas peserta program realiti, Asia’s Next Top Model musim kelima, Alicia atau nama penuhnya Raja Alicia Raja Amin, 26, tampak berseri dengan persalinan rona putih gading rekaan Alia Bastamam.

Hard Valentines gift to top @zan_far (hadiah hari kekasih buat @zan_far),” coretnya pada gambar dahi yang dikucup oleh suami.

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengambil kesempatan menitipkan ucapan tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Antara rakan artis yang menitipkan ucapan termasuk Alvin Chong, Zahirah MacWilson, Diana Danielle, Elizabeth Tan, Jasmine Suraya, Nadia Brian, Tiz Zaqyah, Ain Edruce, Nabila Razali dan Mona Allen.

Sementara itu, radar media sosial turut meriah dengan gambar perkongsian daripada tatarias model terkenal, Khir Khalid- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya