Agong zahir rasa syukur pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya - Utusan Malaysia

Agong zahir rasa syukur pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menandatangani plak Pemasyhuran Bandaraya Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dengan pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya.

Baginda bertitah, pemasyhuran itu menjadi detik bersejarah selepas hampir 40 tahun daerah Kuantan dinaiktaraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran.

“Pemasyhuran ini bukan sekadar pada nama. Dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan hendaklah menumpukan usaha meningkatkan perkhidmatan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Marilah kita sama-sama berdoa pada hari penuh bersejarah ini semoga Bandaraya Kuantan menjadi sebuah bandaraya unggul dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” titah baginda pada Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Baginda turut mengisytiharkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Majlis Bandaraya Kuantan berkuatkuasa hari ini dan memperkenankan pelantikan Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar pertama.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN