852 kluster dalam gelombang ketiga - Utusan Malaysia

852 kluster dalam gelombang ketiga

DR. Adham Baba (kanan) membuat pemeriksaan ke atas sebuah asrama pekerja asing bersama anggota penguatkuasa Kementerian Kesihatan berikutan terdapat asrama yang tidak mematuhi SOP mengenai penularan Covid- 19 di Taman Senai Utama, Kulai, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Sebanyak 852 Kluster direkodkan oleh Kementerian Kesihatan dalam gelombang ketiga pandemik Covid-19 bermula 20 September sehingga semalam. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 527 kluster adalah melibatkan kluster di tempat kerja.

Katanya, bagi kluster di tempat kerja terbabit, seramai 78,906 daripada 315,100 individu yang disaring didapati positif Covid-19.

“Daripada jumlah positif itu, 58,318 adalah dalam kalangan bukan warga negara manakala selebihnya iaitu 20,588 adalah warga tempatan.

“Kluster tempat kerja meliputi sektor pembuatan yang merekodkan 194 kluster diikuti perkhidmatan (175) pembinaan (94), pentadbiran awam (39),pertanian (14) dan perlombongan/kuari (8),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Adham menyertai operasi bersepadu petugas kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menjalankan pemeriksaan ke tempat kerja dan tempat penginapan pekerja di selkitar Kawasan Perindustrian Senai.

Operasi bersepadu tersebut dibuat susulan tinjauan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai setelah menerima aduan daripada orang awam berhubung tempat penginapan pekerja yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Adham berkata, operasi bersepadu itu dibuat setelah daerah Kulai mencatatkan kes tertinggi positif Covid-19 dalam masa seminggu dengan 327 daripada 568 individu yang disaring positif membabitkan pekerja warga asing dari pelbagai sektor perindustrian dan di kawasan tapak bina. 

Katanya, hasil tinjauan mendapati beberapa syarikat gagal menyediakan tempat penginapan yang kondusif kepada pekerja mereka yang ditempatkan di rumah kedai di kawasan berkenaan. 

“Pekerja warga asing yang ditempatkan di rumah kedai itu melebihi 23 orang melebihi kapasiti yang ditetapkan oleh JTK. Ini adalah kesalahan serius yang dilakukan kerana tidak menyediakan tempat tinggal yang kondusif dalam menangani wabak Covid-19. 

“Tempat penginapan itu difahamkan didiami oleh pekerja warga asing dari tiga kilang berbeza di Senai. Kita dapati tindakan ini melanggar Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990(Akta 446),” katanya.

Justeru, beliau meminta JTK menyiasat sama ada majikan atau agensi pekerja yang bertanggungjawab terhadap pekerja terbabit diambil tindakan dan seterusnya mengatasi kesesakan di tempat penginapan pekerja.

“Operasi ini bukan disasarkan di daerah Kulai sahaja tapi di seluruh negara. Saya yakin perkara ini masih berlaku dan hal ini menyukarkan kita memutuskan rantaian Covid-19 dalam kalangan komuniti,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya