57 batang kaktus disita di pejabat pos  - Utusan Malaysia

57 batang kaktus disita di pejabat pos 

ANTATA beberapa barangan yang dikirim dari beberapa negara yang dirampas Maqis di sebuah pejabat pos di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam selepas didapati tidak mempunyai permit yang sah. -IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM:  Sebanyak 57 batang pokok kaktus antara produk pertanian yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) semasa pemeriksaan di sebuah pejabat pos di sini semalam. 

Produk itu dirampas dalam operasi pukul 2.30 petang yang turut disertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri. 

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan di mel dan kurier pos itu menemukan beberapa bungkusan yang mengandungi keluaran pertanian dan haiwan milik warga tempatan tanpa dokumen yang sah. 

“Kita menahan 57 batang kaktus dalam pelbagai bentuk dan spesis seberat 30.85 kilogram dianggarkan bernilai RM2,224 selepas menemukannya di dalam bungkusan dari Thailand. 

“Selain itu, terdapat kes melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an yang didapati mengimport secara kurier 15 paket biji benih premium pelbagai spesis pokok bernilai RM285 dari Amerika Syarikat. 

“Kita turut menyita 35 peket makanan burung yang dipos dari Belanda bernilai RM800,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kesemua dagangan berkenaan adalah untuk tujuan dipasarkan tanpa sebarang dokumen import yang sah. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya