5,411 keping papan lapis dari Denmark dirampas  - Utusan Malaysia

5,411 keping papan lapis dari Denmark dirampas 

MAQIS Pulau Pinang merampas sebanyak 5,411 keping papan yang cuba dibawa masuk ke negara ini dari Denmark secara tidak sah semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 5,411 keping papan lapis dari Denmark semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam. 

Operasi kira-kira pukul 2 petang itu membabitkan rampasan dua kontena mengandungi papan jenis ‘white oak’ yang cuba diseludup masuk ke negara ini. 

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya menahan kontena membawa muatan kayu itu selepas didapati diimport tanpa mematuhi syarat permit impot yang sah dikeluarkan pihaknya. 

“Kira-kira 61 tan kayu tersebut membabitkan nilai sebanyak RM251,845.23 disita bagi siasatan lanjut,” katanya dalam  kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya