4,456 kes sembuh, 3,297 kes positif, Perak tertinggi - Utusan Malaysia

4,456 kes sembuh, 3,297 kes positif, Perak tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes sembuh melebihi 4,000 kes melangkaui kes positif iaitu 4,456 kes dengan lima kematian.

Bagi kes positif pula, hari ini merekodkan melebihi 3,000 kes iaitu 3,297 kes manakala kes aktif, yang mengalami penurunan kes kepada 33,304 berbanding semalam, 34,468 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 209 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Perak buat pertama kali merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,215 kes diikuti Selangor, 868 kes; Johor, 431 kes; Sarawak, 185 kes; Pulau Pinang, 127 kes; Kuala Lumpur, 123 kes dan Negeri Sembilan, 122 kes.

“Baki negeri lain hanya merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 85 kes; Melaka, 65 kes; Kelantan, 30 kes; Kedah, 15 kes; Terengganu, 12 kes manakala Pahang, sembilan kes; Putrajaya, tujuh kes; Labuan, tiga kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN