4 tentera cedera, trak bertembung 4x4 - Utusan Malaysia

4 tentera cedera, trak bertembung 4×4

KEADAAN trak ATM selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Simpang Tiga Lendu, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Empat anggota Tentera Darat cedera selepas trak pasukan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kemalangan di Jalan Simpang Tiga Lendu di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa berumur antara 21 hingga 37 tahun mengalami luka-luka dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Turut cedera ringan dalam kemalangan itu adalah pemandu 4×4 jenis Mitsubishi berusia 24 tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Kuala Linggi.

“Setiba di tempat kejadian, trak ATM tersebut gagal mengelak sebuah 4×4 dari arah bertentangan yang membelok ke Rembia dan melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, empat anggota ATM dan pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, tiga dari anggota tentera itu beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, manakala seorang lagi berusia 24 tahun beralamat di Kem Terendak, Sungai Udang dekat sini.

Ujarnya lagi, ketika kejadian, lalu lintas lancar dan keadaan jalan dua hala itu tidak basah ekoran cuaca baik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya