PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes positif baharu dan kes sembuh Covid-19 melebihi 3,000 iaitu 3,731 kes positif manakala 3,369 kes sembuh.
Jumlah kumulatif kes positif pula sebanyak 242,452 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 190,339 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif pula melebihi 50,000 kes iaitu 51,421 kes dan 15 kematian.
“Terdapat 292 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 140 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE