PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan kes positif sebanyak 3,545 kes mengatasi kes sembuh iaitu 3,331 kes dengan 12 kematian.
Peningkatan kes positif menjadikan keseluruhan kes sebanyak 291,774 kes manakala kumulatif kes sembuh pula, 260,009 kes manakala kes aktif pula, sebanyak 30,677 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 189 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Peningkatan kes positif turut menyaksikan Negeri Sembilan menjadi negeri tertinggi merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu sebanyak 1,392 kes diikuti Selangor, 581 kes; Kuala Lumpur, 381 kes; Sarawak, 353 kes; Johor, 318 kes; Perak, 188 kes dan Sabah, 105 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Pahang, lapan kes; Labuan, lima kes; Putrajaya, satu kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE