3,085 kes sembuh; 2,253 kes positif; 11 kematian, 10 kluster - Utusan Malaysia

3,085 kes sembuh; 2,253 kes positif; 11 kematian, 10 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 3,085 kes sembuh sekali gus mengatasi 2,253 kes positif dengan 11 kematian dan 10 kluster.

Bagi kes aktif, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu di mana, hari ini ia merekodkan sebanyak 27,994 kes berbanding semalam, 28,837 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 201 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), iiatu 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri tertinggi kes positif apabila merekodkan sebanyak 633 kes diikuti Perak, 545 kes; Johor, 276 kes; Sarawak, 250 kes; Sabah, 129 kes dan Kuala Lumpur, 122 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka manakala Perlis, empat kes; Terengganu, satu kes; Labuan, dan Putrajaya, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan empat kes di Selangor, tiga kes di Kuala Lumpur, dua kes di Sarawak manakala Sabah dan Johor, masing-masing satu kes dengan lapan kes melibatkan
warga tempatan dan tiga kes warga asing.

“Sembilan lelaki termasuk dua warga asing dan dua wanita termasuk satu warga asing berusia antara 36 hingga 78 tahun.

“Tujuh pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit iaitu kencing manis, darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, jantung, asma, obesiti, dislipidemia, gout dan buah pinggang kronik,” katanya.

Mengulas mengenai 10 kluster, beliau berkata, lapan kluster berkaitan tempat kerja iaitu Selangor, empat kluster; Johor, dua kluster manakala Sabah dan Pulau Pinang, satu kluster serta kluster komuniti, satu di Kelantan dan Perak.

Selangor, katanya, Kluster Bukit Putra di Gombak, sebanyak 24 kes dari 357 individu; Kluster Teknologi Emas di Kuala Langat, sebanyak 20 kes dari 87 individu serta Kluster Jalan Jenjarum di Petaling, sebanyak 24 kes dari 94 individu dan Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia di Kuala Langat, sebanyak 19 kes dari 343 individu.

“Dua kluster di Johor, Kluster Simpang Tiga Muar di Muar, sebanyak 55 kes dari 377 individu dan Kluster Jalan Mega Satu di Johor Bahru, sebanyak sembilan kes dari 23 individu.

“Dua kluster lagi adalah Kluster Merotai Besar di Kalabakan, Sabah, sebanyak 26 kes dari 79 individu dan Kluster Genting Terang melibatkan Barat Daya dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, seramai 133 individu telah disaring, dengan 21 kes positif,” katanya.

Tambahnya, dua kluster komuniti pula ialah Kluster Kampung Columbia di Manjung di Perak, sebanyak 11 kes dari 43 individu dan Kluster Kampung Telekong melibatkan Kuala Krai dan Machang, Kelantan, sebanyak 108 individu telah disaring, iaitu 29 kes dikesan positif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya