27,719 calon duduki SPM 'kebiasaan baharu' di Kelantan - Utusan Malaysia

27,719 calon duduki SPM ‘kebiasaan baharu’ di Kelantan

SUASANA hari pertama SPM 2020 di SMK Putera, Kota Bharu hari ini dalam suasana kebiasaan baharu. - UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 27,719 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Kelantan menduduki peperiksaan itu hari ini dalam suasana ‘luar biasa’ kerana dipenuhi amalan kebiasaan baharu bagi mencegah pandemik Covid-19.

Peperiksaan itu melibatkan 243 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, Yayasan Islam Kelantan (YIK), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah swasta di seluruh Kelantan.

Dalam tinjauan di beberapa sekolah di negeri ini, proses itu berjalan lancar dengan setiap calon dan petugas terlibat dengan peperiksaan penting itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun semua sekolah terbabit dikawal ketat pihak pengurusan yang tidak membenarkan orang luar termasuk petugas media memasuki kawasan sekolah masing-masing.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan negeri, Harun Yusof berkata sebanyak 285 pusat dibuka bagi membolehkan 27,719 calon itu menduduki SPM 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya