25 sukarelawan jururawat Unisza bantu KKM - Utusan Malaysia

25 sukarelawan jururawat Unisza bantu KKM

HASSAN Basri Awang Mat Dahan (empat, kiri) bersama sukarelawan jururawat Unisza yang menyertai misi bantuan Covid-19 KKM dalam taklimat di Bangunan Canselori Unisza di Kuala Nerus, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 25 sukarelawan jururawat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menyertai misi bantuan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula hari ini.

Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, daripada jumlah itu seramai 19 sukarelawan ditugaskan di dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini masing-masing di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Katanya, baki enam lagi sukarelawan jururawat universiti itu akan berkhidmat di PKRC 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), esok. 

“Semoga sukarelawan jururawat Unisza  dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan sentiasa dilindungi daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Terdahulu, beliau mengadakan sesi taklimat bersama kesemua sukarelawan berkenaan di Bangunan Canselori Unisza. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN