25 kematian termasuk kanak-kanak hidap barah otak - Utusan Malaysia

25 kematian termasuk kanak-kanak hidap barah otak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh melebihi 5,000 kes untuk kali ketiga iaitu 5,320 kes dengan 25 kematian dan 17 kluster, hari ini

Bagi kes positif pula, sebanyak 2,712 kes manakala kes aktif, 38,763 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 227 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan daripada jumlah itu, sebanyak 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan lebih 1,000 kes iaitu 1,013 kes diikuti Johor, 426 kes; Kuala Lumpur, 212 kes; Sarawak, 200 kes; Perak, 198; Kedah, 182 kes; Pulau Pinang, 116 kes dan Sabah, 114 kes.

“Baki negeri lain pula, hanya merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 81 kes; Pahang, 52 kes; Kelantan, 43; Melaka, 38 kes; Terengganu, 19 kes manakala Putrajaya, tujuh kes; Perlis, enam kes dan Labuan, lima kes.

“Kes kematian melibatkan 15 kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Sabah, dua kes di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Johor dan Putrajaya di mana 21 kes kematian melibatkan warga tempatan dan empat kes, warga asing,” katanya dalam kenyataan, hari
ini.

Mengulas mengenai 25 kematian, Dr. Noor Hisham berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mempunyai barah otak di Sabah dan seorang wanita warga asing berusia 100 tahun di Selangor mempunyai darah tinggi, jantung, anemia, strok dan buah pinggang kronik antara kes yang direkodkan hari ini.

Selain itu katanya, hanya dua orang sahaja di Selangor yang tidak mempunyai latar belakang penyakit iaitu dua lelaki di mana seorang warga tempatan berusia 63 tahun manakala seorang lagi warga asing berusia 47 tahun.

“Jika dibahagikan mengikut jantina, ia melibatkan 15 lelaki termasuk satu warga asing manakala wanita seramai 10 orang termasuk tiga warga asing.

“Antara latar belakang penyakit yang dikesan ialah barah otak, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, anemia, strok, buah pinggang kronik, dislipidemia, leukemia, paru-paru kronik, obstructive sleep apnea dan kecederaan otak,” katanya.

Dalam perkembangan 17 kluster baharu, beliau berkata, 14 kluster berkaitan tempat kerja di mana Selangor merekodkan lima kluster, Johor (empat kluster), Sabah (dua kluster) manakala Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster.

Katanya, Terengganu merekodkan satu kluster komuniti; Johor, satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan Pahang, satu kluster berkaitan keagamaan.

“Di Selangor, Kluster Jalan Bukit Kemuning di Klang, sebanyak 55 kes; Kluster Jalan Industri Kidamai di Hulu Langat, 22 kes; Kluster Jalan Jitu di Klang, 39 kes serta Kluster Jalan Hulu Tinggi melibatkan Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Gombak, 61 kes dan Kluster Mayang di Petaling, 24 kes.

“Johor pula, Kluster Jalan Perindustrian Estate melibatkan Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru, 53 kes; Kluster Jalan DPB Tiga di Johor Bahru, 41 kes serta Kluster Perindustrian Fasa Dua melibatkan Kulai dan Kota Tinggi, 27 dan Kluster Jalan Tebrau Dua di Johor Bahru, 12 kes,” katanya.

Beliau berkata, Sabah pula, Kluster Lot Satu di Penampang, sembilan kes dan Kluster Lot Tujuh di daerah sama, lapan kes.

“Tiga lagi kluster berkaitan tempat kerja katanya, Kluster Mediacity melibatkan Cheras, Titiwangsa, dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur serta Putrajaya, 15 kes manakala Kluster Jalan Changkat Jong melibatkan Hilir Perak dan Perak Tengah, Perak, 166 kes dan Kluster Lintang Kampung Jawa melibatkan Seberang Perai Selatan, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, 86 kes.

“Kluster kumpulan berisiko tinggi pula, Kluster Jalan Sri Putri di Kulai, Johor, 22 kes manakala Kluster Jalan Telok Ira adalah Kluster keagamaan di Temerloh, Pahang dengan 47 kes dan Kluster Kampung Jamek berkaitan kluster komuniti di Besut, Terengganu, merekodkan sembilan kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya