25 bom asap ditemukan, 'tersorok' di tapak pembuangan sampah - Utusan Malaysia

25 bom asap ditemukan, ‘tersorok’ di tapak pembuangan sampah

BAHARUDIN Abdullah (dua kiri) menunjukkan 25 butir bom asap yang ditemukan di tapak pembuangan sampah di Felda Kertih 3, Ketengah Jaya, Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak 25 bom asap yang masih aktif ditemukan di tapak pembuangan sampah di Felda Kertih 3, Ketengah Jaya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kesemua bom yang diletakkan dalam sebuah kotak itu ditemukan pemandu lori sampah ketika kerja-kerja memunggah barangan kira-kira pukul 4 petang.

“Terkejut dengan penemuan itu dia kemudian memanggil beberapa rakannya untuk melihat objek tersebut sebelum membuat laporan polis.

“Hasil pemeriksaan menemukan 24 bom asap bertulis DK manakala sebutir lagi bertulis 518 Riot CS dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditutupi dua beg galas kanak-kanak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun hari ini.

Baharudin berkata, semakan yang dilakukan pihaknya mendapati bom itu tidak mempunyai sebarang nombor siri dan dipercayai buatan Korea Selatan.

Katanya, bom seumpama itu lazimnya digunakan ketika latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan bahan terlarang yang tidak boleh disimpan mana-mana individu.

“Kita masih menyiasat pemilik atau individu yang meletakkan bom itu di lokasi kejadian dan kesemua barangan tersebut akan dilupuskan Unit Persenjataan (AMRA) IPD Dungun di Lapang Sasar Lembah Bidong,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya