Sebanyak 248 notis dikeluarkan dalam Op Catut 8.0 

248 notis dikeluarkan dalam Op Catut 8.0 

ROSOL Wahid (kanan) menurunkan tandatangan pada bahagian belakang kedai runcit bergerak, Prihatin Mart di Dataran Padang Kacung, Kuala Telemong, Hulu Terengganu hari ini. - FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 248 notis pengesahan maklumat barangan dikeluarkan kepada peniaga komputer dan komunikasi di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Op Catut 8.0 pada 25 Januari lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pemberian notis mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 itu bertujuan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan dalam kalangan peniaga tersebut.

Katanya, sehingga kini sebanyak 476 kelengkapan elektronik dan komunikasi telah diperiksa.

“Menerusi notis itu mana-mana peniaga, pemborong dan peruncit perlu mengisytiharkan harga barangan yang dibeli dan daripada situ kita akan dapat menilai sama ada berlaku pencatutan atau tidak.

“Setakat ini kita hanya mengeluarkan notis dan tiada sebarang tindakan diambil lagi kerana masih menyiasat, berkemungkinan ada kesalahan berkaitan kenaikan harga,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedai runcit bergerak, Prihatin Mart di Dataran Padang Kacong, Kuala Telemong, di sini hari ini. 

Rosol turut menasihatkan pembeli agar menyimpan setiap resit barangan terutama jika terdapat isu-isu berbangkit yang membolehkan mereka tampil membuat laporan.

Op Catut 8.0 yang dilaksanakan selama dua minggu hingga 7 Februari ini bagi memantau peniaga komputer dan komunikasi di seluruh negara yang disyaki menaikkan harga jualan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya