24 ketulan mampat ganja ditemui dalam hutan simpan - Utusan Malaysia

24 ketulan mampat ganja ditemui dalam hutan simpan

MOHD. Ismail Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian ketulan mampat disyaki ganja yang ditemukan di kawasan Hutan Simpan Sungai Badak, Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Polis menemukan sebanyak 24 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja yang disembunyikan di kawasan cerun bukit di Hutan Simpan Sungai Badak di Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Ketulan mampat ganja dianggarkan seberat 24.7 kilogram (kg) dan bernilai RM60,000 yang diisi dalam guni plastik itu ditemukan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam  kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Ismail Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggotanya melakukan pemantauan dan pemerhatian di kawasan hutan simpan yang terletak kira-kira 500 meter dari Thailand sebelum menemukan seguni plastik.

“Guni plastik itu ditemui dalam keadaan berikat di kawasan tersorok di cerun bukit, seterusnya anggota membuat pemerhatian ke atas barangan tersebut.

“Bagaimanapun, tiada sebarang pergerakan individu dikesan menghampiri guni berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini hari ini.

Katanya, polis kemudian merampas dan membawa pulang guni itu ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas guni itu menemukan sebanyak 24 ketulan mampat disyaki ganja yang dibalut dengan plastik pelbagai warna,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya percaya bekalan dadah itu dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di negara ini.

Tambahnya, ia merupakan rampasan dadah terbesar di daerah Kubang Pasu pada tahun ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya