20,765 calon duduki SPM di Pahang  - Utusan Malaysia

20,765 calon duduki SPM di Pahang 

SEORANG pelajar SPM mengukur suhu sebelum masuk ke perkarangan sekolah untuk menduduki peperiksaan itu di SMK Seri Damai, Kuantan, Pahang. UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 20,765 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan berkenaan di negeri ini dalam suasana norma baharu susulan pandemik Covid-19 bermula hari ini.

Kesemua pelajar berkenaan termasuk 675 calon persendirian menduduki peperiksaan di 226 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Damai di sini mendapati pelajar yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan antaranya seperti pemakaian pelitup muka.

Pelajar-pelajar dilihat turut mengisi borang deklarasi saringan kesihatan dan membuat saringan suhu sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, apa diharapkan semua pelajar dan guru bertugas mematuhi SOP ditetapkan.

“Setakat ini tidak ada masalah yang mana semua bilik peperiksaan dibuka termasuk tempat peperiksaan khas (bagi pelajar yang dikuarantin) di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

“Walaupuan suasana berbeza semua mengikut SOP ditetapkan seperti masuk dan keluar daripada dewan peperiksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya