18,743 calon SPM di Terengganu - Utusan Malaysia

18,743 calon SPM di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 18,743 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di 169 pusat peperiksaan di seluruh negeri bermula hari ini hingga Khamis.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, calon-calon dibantu sejumlah 1,427 petugas peperiksaan yang dilantik mengendalikan SPM.

“Saya berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan di sekolah-sekolah seluruh negeri dan berharap calon sentiasa menjaga kesihatan.

“Saya juga minta ibu bapa memantau anak-anak masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas meninjau calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Datuk Haji Abbas di sini hari ini.

Sementara itu seorang pembantu tadbir, Mastura Mohamed, 51, sanggup menunggu di luar pagar sekolah sejak pukul 7 pagi untuk melihat anaknya yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Mastura berkata, walaupun tidak dapat mencari anaknya bagi melepaskan kerinduan, namun dia berharap Adib Alaudin Kamaruzaman, 18, dapat menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu pada pagi ini dengan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya