18 ditahan ketika leka berjudi di dalam kilang - Utusan Malaysia

18 ditahan ketika leka berjudi di dalam kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai 18 individu termasuk empat warga asing diserbu ketika leka berjudi dalam sebuah kilang di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah di sini kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu, 14 merupakan lelaki warga tempatan, dua wanita warga China serta masing-masing seorang lelaki warga Taiwan dan Hong Kong.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan berusia di antara 17 hingga 82 tahun.

“Ketika diserbu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,700 yang diletakkan di atas meja selain wang tunai milik kesemua pemain yang dianggarkan mencecah RM180,000.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah peralatan perjudian termasuk dua set daun terup, enam biji buah dadu, 11 buah kerusi plastik serta sebuah meja dan mozek yang terdapat di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Shafee, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana kesalahan berjudi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN