17 ahli sindiket Macau Scam diberkas - Utusan Malaysia

17 ahli sindiket Macau Scam diberkas

AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukkan 17 suspek yang ditangkap selepas serbuan terhadap sindiket penipuan Macau Scam di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli sindiket penipuan Macau Scam yang beroperasi di sebuah inap desa mewah di Kota Tinggi menerima bayaran antara RM2,000 sehingga RM7,000 sebulan untuk memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai penjawat awam termasuk pegawai penguat kuasa dan kakitangan pos laju.

Malah sindiket yang menyewa rumah jenis semi D di Bandar Penawar itu turut menawarkan komisen antara tiga hingga lima peratus bagi setiap bayaran diterima selain ahli-ahli disediakan makan dan minum setiap hari ketika bekerja di premis yang dijadikan pusat panggilan terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket terbabit bagaimanapun tumpas setelah 17 ahli sindiket melibatkan 15 lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia 22 hingga 33 tahun diberkas dalam serbuan pada pukul 10.35 pagi semalam.

Katanya, operasi sindiket itu amat licik apabila mereka mengawal pergerakan ahli dengan tidak membenarkan meletak kenderaan berhampiran dengan rumah itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Sindiket ini dipercayai aktif melakukan penipuan sejak awal tahun lalu dengan menjadikan inap desa sebagai pusat panggilan di kawasan luar bandar, ini kali pertama serbuan dibuat di pusat panggilan yang beroperasi di kawasan luar bandar.

“Kita percaya ini adalah taktik terbaharu bagi mengelak daripada dikesan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam serbuan tersebut, polis merampas pelbagai peralatan seperti sebuah set komputer, dua buah modem dan 57 telefon bimbit yang digunakan bagi menghubungi dan memperdaya mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya