150 pokok kelapa, palma musnah diceroboh gajah - Utusan Malaysia

150 pokok kelapa, palma musnah diceroboh gajah

PENCEROBOHAN gajah-gajah liar sejak seminggu lalu di kawasan Taman Pertanian Sekayu di Hulu Terengganu menyebabkan 25 batang pokok jenis palma tumbang. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Hampir 150 pokok jenis palma di Taman Pertanian Sekayu di sini musnah akibat diceroboh sekumpulan gajah liar sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu semalam, 10 lagi pokok daripada spesies itu termasuk pinang raja dan kelapa ditemukan tumbang kira-kira 300 meter dari pejabat pengurusan taman berkenaan.

Seorang kakitangan kontrak, Khairul Anwari Rashid berkata, serangan haiwan liar itu disedari semasa menjalankan tugasan pemantauan pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, kumpulan gajah yang dianggarkan berjumlah enam ekor dari Hutan Simpan Sekayu itu dipercayai masuk ke kawasan taman berkenaan sejak seminggu lalu.

“Sudah tiga kali gajah-gajah liar menceroboh ke Taman Pertanian Sekayu dalam tempoh seminggu ini hingga memusnahkan kira-kira 25 pokok.

“Pencerobohan gajah liar bermula sejak April tahun lalu dan kita bimbang kejadian sama terus berulang kerana ia bukan sahaja memusnahkan pokok-pokok di taman ini, bahkan turut merosakkan tanaman penduduk,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Khairul Anwari berkata, gangguan haiwan liar itu pernah berlaku sebelum ini tetapi masalah tersebut dapat diatasi dengan pemasangan pagar elektrik dalam kawasan hutan simpan sejak lebih tiga tahun lalu.

Sehubungan itu dia tidak menolak kemungkinan pagar elektrik berkenaan gagal berfungsi dengan baik atau rosak hingga menyebabkan kumpulan gajah liar kembali berkunjung ke Taman Pertanian Sekayu sejak tahun lalu hingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya