122 pelajar tingkatan satu KGI daftar dalam talian - Utusan Malaysia

122 pelajar tingkatan satu KGI daftar dalam talian

PELAJAR baharu Asas Satu (tingkatan satu) Kolej Genius Insan (KGI) bagi sesi akademik 2021 mendaftar secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 122 pelajar baharu Asas 1 (Tingkatan 1) kohort 7 bagi sesi kemasukan akademik 2021 Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar secara dalam talian hari ini. 

Pengarah KGI, Dr. Hayati Ismail berkata, kumpulan pelajar tersebut akan menduduki Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam tempoh empat tahun sekali gus melayakkan mereka untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 16 tahun dan ia selaras dengan kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan. 

“Seramai 14 pelajar Tahap 1 (Tingkatan 4) pula telah melayakkan diri untuk menyambung pembelajaran menengah di KGI. Mereka terdiri daripada 316 calon Asas 1 (Tingkatan 1) dan 44 calon tahap 1 (Tingkatan 4) yang telah berjaya melepasi ujian kecerdasan kepintaran UKM1 dan UKM2.

“Sesi pendaftaran dan taklimat telah dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada hari ini. Buat masa ini, murid-murid akan memanfaatkan waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Hayati, kurikulum di kolej berkenaan disusun semula untuk membolehkan murid Asas 1 belajar dalam satu kontinum, bermula dengan topik tingkatan satu hingga lima dalam masa empat tahun. 

“Sememangnya anak-anak KGI berkemampuan untuk menduduki SPM pada usia 16 tahun kerana mereka mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi iaitu IQ 130 dan ke atas.

“Pihak KGI amat mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membangunkan murid yang holistik dan seimbang, justeru, KGI sentiasa memberikan sokongan dari segi emosi, rohani dan jasmani menerusi komponen pengayaan, ulumuddin dan kokurikulum.  

Dalam pada itu, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, pelajar terpilih yang mendaftar hari ini akan menyambung dan menghayati perjuangan dalam memartabatkan integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di KGI, selaras dengan hasrat pelaksanaan pendidikan yang  dijalankan di USIM sendiri. 

 “Sesuai dengan hasrat dan matlamat penubuhan KGI untuk menjana cendekiawan Islam yang bersandarkan kepada integrasi ilmu Naqli dan Aqli, kita sentiasa memperhalusi pelaksanaan sistem pendidikan di kolej ini.

“Penambahbaikan merupakan usaha berterusan yang dijalankan agar sistem yang ada akan lebih kemas dan mantap,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya