12 peniaga dikenakan kompaun - Utusan Malaysia

12 peniaga dikenakan kompaun

PEGAWAI KPDNHEP Negeri Sembilan memeriksa barangan jualan di sebuah pasar raya sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimim Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan mengambil tindakan ke atas 12 peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, antara kesalahan yang dilakukan termasuk satu kes tidak mempamerkan tanda harga pada barangan jualan dan 11 kes tidak mempamerkan harga menggunakan papan tanda berwarna merah jambu.

“KPDNHEP Negeri Sembilan telah mengambil tindakan ke atas 12 kes tersebut dengan jumlah kompaun sebanyak RM1,200.

“Kesemua tindakan kes ini diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ain Arjuna, dalam tempoh skim ini berkuat kuasa bermula 8 hingga 16 Februari lalu, sebanyak 832 pemeriksaan premis telah diperiksa di seluruh negeri ini.

“Pemeriksaan meliputi 811 di peringkat peruncit dan 21 di peringkat pemborong.

“Selain itu, KPDNHEP Negeri Sembilan juga tidak menerima sebarang aduan tentang peniaga yang menjual barangan dengan harga melebihi harga maksimum yang ditetapkan di bawah skim ini,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan proaktif secara harian oleh anggota penguat kuasa bersama-sama pegawai pemantau harga KPDNHEP Negeri Sembilan semasa skim ini dilaksanakan mendapati tahap pematuhan dan kesedaran peniaga terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan berada di tahap yang baik. 

“Bekalan barangan keperluan asas juga mudah diperolehi dengan harga yang munasabah oleh pengguna di negeri ini berdasarkan pemantauan ke atas 480 item barangan terpilih yang dilakukan oleh pegawai pemantau harga,” ujarnya.

Tambah beliau, pengguna di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang kepada pihak kementerian menerusi portal e-aduan di https://eaduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi talian 1 800 886 800. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya