10 buah rumah terbakar - Utusan Malaysia

10 buah rumah terbakar

BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan 10 buah rumah di Jalan Seberang Kereta Api, Sungai Korok, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 10 buah rumah hangus dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Seberang Kereta Api, Sungai Korok di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 3.43 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan dibantu BBP Alor Setar tiba di lokasi pada 3.50 petang.

Menurutnya, operasi itu disertai 11 anggota dari BBP Jalan Raja dan dibantu 15 anggota BBP Alor Setar serta 12 pegawai dari JBPM Kedah.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal api daripada merebak dan kerja-kerja memadam masih dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tersebut juga dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Alor Mengkudu, Seberang Nyonya, Kampung Berjaya dan Kuala Kedah.

Katanya, operasi memadam kebakaran rumah itu menggunakan sumber air sungai berdekatan dengan pam angkut dan tangki jentera.

Katanya, langkah tersebut diambil berikutan jalan di kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu sempit dan jentera tangki air tidak boleh memasuki laluan berkenaan.

“Faktor api merebak dengan cepat adalah disebabkan angin dan kesemua rumah terlibat daripada kelas B iaitu separa batu dan kayu.

“Selain itu, kedudukan rumah pada jarak rapat juga menyebabkan api merebak dengan cepat,” ujarnya.

Jelasnya, seramai 25 orang penghuni 10 buah rumah tersebut terselamat dalam kebakaran itu apabila mereka sempat menyelamatkan diri sebelum api marak.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian pula masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya